Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Felda Bukit Tongkat merupakan sebuah kawasan felda yang terletak di daerah Kluang, Johor. Jarak felda ini ke Bandar Kluang adalah sejauh 25 km. Peringkat permulaan rancangan ini dibangunkan di bawah Sistem Saham. Kawasan perkampungan di bahagikan kepada 16 blok.Manakala pendapatan peneroka bergantung kepada kehadiran mereka berkerja dan peneroka dapat menjalani sistem saham bermula pada April 1987 sehingga Julai 1989. Sistem saham telah dimansuhkan dan digantikan dengan system hak milik individu pada Ogos 1989. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2024PEMBELAJARAN GOOGLE DRIVE
Aktiviti Terkini | 23 September 2024
Peserta diajar untuk mengetahui fungsi dan kegunaan Google drive.......................baca selanjutnya
MS WORD : BASIC MS WORD
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2024Pelajar belajar menggunakan asas di dalam MS Word seperti jenis Font, saiz Font & Paraghraph......................baca selanjutnya
MS WORD : BULLET & NUMBERING
Aktiviti Terkini | 9 Julai 2024Pelajar belajar menggunakan Bullet & Numbering di dalam MS Word.....................baca selanjutnya
MS WORD : INSERT SHAPE
Aktiviti Terkini | 21 Jun 2024Pelajar belajar memasukkan bentuk ke dalam MS Word) dan menukar format shape tersebut mengikut contoh yang diberikan....................baca selanjutnya
DATABASE
Aktiviti Terkini | 31 Mei 2024Peserta belajar cara yang lebih efektif untuk menyimpan database pengguna/pelanggan mereka menggunakan teknologi iaitu MS Excel....................baca selanjutnya
MENGAJAR : MS WORD
Aktiviti Terkini | 26 April 2024Pelajar belajar asas MS Word...................baca selanjutnya
MENGAJAR : MS EXCEL
Aktiviti Terkini | 11 Mac 2024Pelajar belajar untuk membuat jadual dan carta bar menggunakan excel..................baca selanjutnya
CASHLESS SOCEITY @NADI FELDA BUKIT TONGKAT
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2024Cashless Soceity ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada pengunjung program khususnya untuk mencuba dan merasai aktiviti jual beli tanpa tunai. ..................baca selanjutnya
TAKLIMAT S.A.F.E INTERNET @ SEK KEB FELDA ULU DENGAR, KLUANG
Aktiviti Terkini | 7 Februari 2024Tujuan taklimat ini diadakan, adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada masa kini kepada kanak-kanak dan golongan dewasa(pelajar sekolah-sekolah)..................baca selanjutnya
TAKLIMAT S.A.F.E INTERNET @ SEK KEB FELDA KAHANG TIMUR, KLUANG
Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024Tujuan taklimat ini diadakan, adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada masa kini kepada kanak-kanak dan golongan dewasa(pelajar sekolah-sekolah)..................baca selanjutnya
TAKLIMAT S.A.F.E INTERNET @ SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU KLUANG (SRAB KLUANG)
Aktiviti Terkini | 1 Februari 2024Tujuan taklimat ini diadakan, adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada masa kini kepada kanak-kanak dan golongan dewasa(pelajar sekolah-sekolah)..................baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK & S.A.F.E INTERNET
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024Meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada kepada pelajar sekolah-sekolah...................baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya