TAKLIMAT S.A.F.E INTERNET @ SEK KEB FELDA KAHANG TIMUR, KLUANG

Aktiviti terkini | 6 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Sek Keb Felda Kahang Timur, kluang

Ringkasan Aktiviti :
• Taklimat S.A.F.E Internet merupakan Kerjasama di antara NADI Felda Kahang Timur & NADI Felda Bukit Tongkat.
• Sebelum mengakhiri sesi persekolahan 2022/2023 kami diberi peluang untuk berjumpa pelajar Sek Ren Felda Kahang Timur bagi menyampaikan Taklimat S.A.F.E Internet.
• Seramai 373 orang pelajar telah hadir ke taklimat ini.
• Mendapat maklum balas yang baik dari pelajar-pelajar sepanjang sesi taklimat ini berjalan.

Tujuan :
• Tujuan taklimat ini diadakan, adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada masa kini kepada kanak-kanak dan golongan dewasa(pelajar sekolah-sekolah).
• Dan memperkenalkan Internet Kod

Butiran-Butiran Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Taklimat bermula pada jam 7.30 pagi – 9.00 pagi.
• Selepas taklimat, pelajar menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh staf NADI.
• Sesi bergambar dan bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Membina dunia digital yang lebih selamat terutama dari golongan kanak-kanak dan dewasa(pelajar sekolah-sekolah)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :