INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Maklumat Tempatan

LOKASI
Mukim: Rengam
Daerah: Kluang
Negeri: Johor Darul Takzim
Bandar/ Pekan Terdekat: Kluang& Bandar Tenggara.

PROFIL MUKIM
Keluasan: 97.86 hekta
Bilangan Penduduk: 2,850 orang.
Bangsa: Melayu (100 %)

POPULASI
Majoriti penduduk yang menetap di Felda Bukit Tongkat adalah kaum Melayu yang dianggarkan berjumlah 2,850 orang penduduk. Salah satu amalan yang sememangnya tidak pernah dilupakan oleh penduduk kampung ini adalah amalan bergotong-royong.Walaupun masing-masing sibuk dengan pekerjaan harian, amalan bergotong-royong masih lagi diteruskan seperti membersihkan kawasan perkuburan, masjid dan kawasan sekitar kampung.Aktiviti yang melibatkan penduduk kampung seperti ini banyak menyumbang ke arah pembangunan di samping mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat.

Rekreasi & Pelancongan

Hutan Lipur Gunung Berlumut

Hutan Lipur Gunung Berlumut terletak di dalam daerah Kluang, Johor. Lokasinya terletak kira-kira 32 km dari bandar Kluang melalui jalan Kluang-Mersing, manakala jaraknya 148 km jika dari Bandar Johor Bahru. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Kluang melalui Felda Ulu Dengar.

Kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat, tandas, jambatan gantung, dewan terbuka, tapak perkhemahan, taman permainan kanak-kanak, gerai dan denai hutan. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Kadar bayaran masuk adalah RM5 satu kumpulan. Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian dan bermalam sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah.

Hutan Lipur Bukit Soga Perdana

Gunung Lambak merupakan sebuah gunung kecil yang terletak di Daerah Kluang, Johor, Malaysia dengan ketinggian setinggi 510 meter (1,673 kaki) dari aras laut.

Hutan Lipur Gunung Lambak telah dibangunkan sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan yang dinamakan Hutan Lipur Gunung Lambak. Laluan dan jambatan kayu menjadikannya mudah untuk mendaki ke puncak, ramai pelancong dan juga masyarakat tempatan beriadah di sini dan melakukan aktiviti mendaki ke puncak Gunung Lambak.

Selain itu juga, terdapat taman tema air Gunung Lambak di kawasan kaki Gunung Lambak ini. Pengnjung boleh bermain air di kolam renang yang disediakan dan bersuka ria seisi keluarga. Waktu operasi bagi taman tema air ini adalah dari jam 9.00 pagi sehingga jam 7.00 malam. Pengunjung akan dikenakan bayran sekiranya ingin memasuki taman tema air ini. Tetapi, bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan sekali. Berikut adalah harga bayaran yang dikenakan kepada pengunjung.

• Dewasa RM5.00
• Kanak-kanak RM3
• Percuma bagi Warga emas & OKU

Kemudahan Awam
Senarai Kemudahan Awam Felda Bukit Tongkat

• Bekalan air bersih :-
Bekalan air bersih dibekalkan oleh SAJ

• Bekalan elektrik (TBN) :-
Bekalan elektrik dibekalkan oleh TNB

• Jalan raya berturap :-
100% jalan kampung di Felda Bukit Tongkat sudah berturap & dalam keadaan baik.

• Balai aktiviti :-
Boleh diguna oleh penduduk setempat dan juga komuniti untuk mengadakan mesyuarat , kelas agama, kelas bina insan, ceramah kesihatan, majlis persaraan, kelas tuisyen dan sebagainya.

• Dewan serbaguna :-
Digunakan untuk latihan badminton oleh belia-belia, j-robik dan juga pelbagai majlis seperti perkahwinan, persaraan, hari peneroka dan sebagainya.

• Gelanggang Futsal & Gelanggang Gasing :-
Disediakan oleh pihak felda bagi menyokong minat golongan muda terhadap sukan.

• Taman Selesa(Taman permainan) :-
Disediakan oleh pihak felda untuk kanak-kanak beriadah. Terdapat gelongsor, buaian dan jongkang-jongket yang boleh digunakan.

• Kedai runcit & Kedai makan :-
Disediakan oleh pihak felda untuk penduduk berniaga dan memenuhi keperluan penduduk felda.

• Stesen minyak (Petron) Felda Bukit Tongkat :-
Memudahkan penduduk sekitar untuk mengisi petrol tanpa pergi ke bandar yang terletak kira-kira 30KM daripada kawasan felda.

• Masjid An-Naim :-
Masjid merupakan tempat untuk beribadah untuk semua penduduk yang 100% beragama Islam. Selain itu, pelbagai aktiviti keagamaan diadakan di sini seperti sambutan maulidurrasul, ceramah dan lain-lain lagi.

• Klinik Kesihatan :-
Semua penduduk boleh mendapatkan pelbagai jenis pemeriksaan kesihatan, termasuk pergigian dan juga klinik ibu mengandung.

• Mesin ATM (Maybank) :- Memudahkan penduduk sekitar untuk mengeluarkan wang daripada ATM tanpa pergi ke bandar yang terletak kira-kira 30KM daripada kawasan felda.

Pendidikan
Sekolah Tadika

Sekolah Tadika KEMAS merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak di sini. Terdapat dua buah tadika yang berhampiran dengan NADI Felda Bukit Tongkat iaitu, Tadika Kemas Felda Bukit Tongkat dan Tadika Kemas Felda Ulu Belitong. Masing-masing mempunyai jumlah murid seramai 66 dan 42 orang.

Sekolah Rendah

Terdapat dua buah sekolah kebangsaan yang merupakan institusi pendidikan yang disediakan untuk kemudahan anak-anak yang berumur 7 hingga 12 tahun. Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan LKTP Belitong dan juga Sekolah Kebangsaan Bukit Tongkat. SK LKTP Belitong mempunyai murid seramai 331 orang murid(tahun 1-6) dan murid pra sekolah seramai 50 orang. SK Bukit Tongkat pula mempunyai anggaran murid seramai 300 orang.

Sekolah Agama

Selain daripada Sekolah Kebangsaan, terdapat juga sebuah sekolah agama untuk pendidikan agama bagi anak-anak penduduk di Felda Bukit Tongkat. Sekolah agama di sini menyediakan kelas sehingga ke peringkat darjah khas.

Sekolah Menengah

Di dalam kawasan Felda Bukit Tongkat ini mempunyai sebuah sekolah menengah yang terletak berhadapan dengan NADI Felda Bukit Tongkat iaitu Sekolah Menengah LKTP Belitong. Sekolah ini menjalankan 1 sesi pembelajaran sahaja iaitu di sebelah pagi. Anggaran pelajar tingkatan 1 sehigga tingkatan 5 adalah seramai lebih kurag 420 orang pelajar.

Kisah Kejayaan

Nama : Natasha Binti Khairuddin
Produk Perniagaan : Tudung, Cadar, Tilam, & Pelbagai barang hiasan rumah
Alamat : No. 245 Jalan Jelutong, Felda Bukit Tongkat, 86000 Kluang Johor.
Platform Perniagaan : Instagram, Shoppe, Tik Tok
• Instagram : https://www.instagram.com/natashakhairuddin/
• Whatsapp : http://www.wasap.my/016-2452776
• Shoppe : http://shopee.com.my/natashak_empire
• TikTok : https://www.tiktok.com/@shaadecor?_t=8jhzox1BteT&_r=1

Puan Natasha Binti Khairuddin, berusia 29 tahun merupakan anak peneroka Felda Bukit Tongkat. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Minat mendalam dalam dunia perniagaan membuatkan beliau tekad untuk menceburkan diri dalam bidang ini.

Selain berniaga secara bersemuka dengan pelanggan dengan memasuki pasar malam, dan juga jualan event dan karnival diserata kawasan sekitar, beliau juga turut memasarkan produk jualan beliau ke beberapa media social seperti Instagram, Tik Tok, Facebook dan juga Shoppe. Beliau jua pernah turut serta dalam program Casheless Soceity yang dianjutkan oleh NADI Felda Bukit Tongkat.

Beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di NADI Felda Bukit Tongkat seperti kemudahan internet, mencetak dan laminasi. Menurut beliau, dengan kewujudan PEDi, beliau merasakan usahawan kecil sepertinya dapat menggunakan kemudahan yang tersedia dalam usaha mengembangkan perniagaan melalui medium online. Selain itu, staf PEDi sangat membantu menghulurkan bantuan dalam mempelajari ICT. Semoga usaha beliau dalam memperkembangkan perniagaannya berjalan lancar dan perniagaan beliau mendapat permintaan semakin meluas.

Keusahawanan

Pertanian Dan Perladangan

Kelapa sawit adalah merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk di sini. Ia juga menjadi teras utama sejak lebih dari 35 tahun. Selain itu, penduduk juga ada menanam tanaman kontan seperti pisang, ubi kayu, sayur-sayuran dan keladi. Terdapat penduduk yang bijak menggunakan tanah yang dimiliki dengan penanaman pokok yang cepat mengeluarkan hasil ini. Selain dapat digunakan untuk kegunaan sendiri, mereka juga dapat menjual atau menjadikan suatu produk lain sebagai punca pendapatan.

Penternakan

Terdapat penduduk di Felda Bukit Tongkat yang membela dan menternak ternakan seperti lembu, kambing dan juga ikan air tawar. Semua ini diusahakan di dalam kawasan ladang kelapa sawit masing-masing serta tanah terbiar milik Felda. Selain dapat menjimatkan kos penternakan mereka juga dapat menjaga kebersihan kebun dengan menggunakan rumput-rumput yang ada sebagai makanan untuk ternakan. Hasilnya juga lebih memuaskan kerana kurangnya penggunaan bahan campuran dan lebih kepada organik.

Perusahaan Dan Perniagaan

Terdapat penduduk yang terdiri daripada penerokawati mahupun anak-anak peneroka(Generasi ke 2) yang terlibat dalam dunia perniagaan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang diusahakan seperti Kuih-muih, kraftangan, makanan dan minuman, pakaian dan juga peralatan da kelengkapan rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk berniaga seperti Facebook, Shoppe, Tik Tok, Instagram dan sebagainya.

Antara Usahawan Di Sekitar Felda Bukit Tongkat
1. Nama : Kasnini Kasar
Umur : 64 Tahun
Perniagaan : Mee kuning Dan Tauhu

Seorang peneroka Felda Ulu Belitong di sini, Kasnin Kasar, 64, merupakan pegusaha mi dan tauhu yang dijamin halal dan suci di kilangnya UB Food Manufactory sejak 17 tahun lalu. Bermodalkan hanya RM10,000 menerusi bantuan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Johor, Kasnin memberanikan diri membuka kilang mi dan tauhu itu di rumahnya di tanah rancangan tersebut pada tahun 1992. Beliau berkata, peringkat awal, kedua- dua makanan itu hanya dijual kepada penduduk Felda tersebut dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. ''Pasarannya kemudian berkembang hingga ke Felda Ulu Penggeli, Bandar Tenggara, Taman Sri Lambak dan seterusnya di bandar Kluang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Kasnin, jika sebelum ini beliau hanya memproses beberapa kilogram tepung gandum untuk dijadikan mi, tetapi kini jumlah itu meningkat sehingga 400 kilogram sehari. Beliau berkata, beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Pertanian turut menghulurkan bantuan untuk membesarkan perusahaannya termasuk mendirikan bangunan kilang di Felda berkenaan. Mengenai tauhu, beliau berkata, sebanyak 2,000 keping tauhu dihasilkan pihaknya setiap hari dan turut diedarkan di beberapa kawasan di daerah Kluang. Menurut beliau, selain itu, beliau turut menghasilkan air tauhu terutama setiap bulan Ramadan untuk memenuhi permintaan orang ramai.

2. Nama : Masnur Bin Hassan
Umur : 64 Tahun
Perniagaan : Ternakan Ikan Air Tawar

Mansur Bin Hassan merupakan peneroka Felda Bukit Tongkat antara yang terawal membuka ternakan ikan air tawar di Felda Bukit Tongkat. Beliau menternak ikan air tawar hampir 5 tahun yang bermodalkan RM3, 000 menerusi modal sendiri. Menurut Mansur, beliau hanya mempunyai dua buah kolam yang bertempatkan Ikan Tilapia dan Ikan Baung yang dianggarkan 5000 – 6000 ekor ikan dengan kos makanan hampir RM500 sebulan.

Kolam ikan air tawar yang bersebelahan dengan rumahnya memudahkan beliau menjaga dan memantau ikan air tawar tersebut. Ikan Tilapia, Ikan Patin dan Ikan Baung adalah antara ikan yang diternak. Menurut beliau, ikan- ikan tersebut mengambil masa selama 7 – 8 bulan untuk membesar sebelum dipasarkan. Beliau berkata pada peringkat ini, beliau hanya memasarkan ikan-ikan tersebut di kawasan berdekatan, hal ini disebabkan permintaan tinggi oleh penduduk Felda Bukit Tongkat dan Felda Ulu Belitong. Beliau berkata, beberapa orang peneroka disekitar Felda Bukit Tongkat dan Felda Ulu Belitong juga mengusahakan kolam air tawar dan kesemuanya melebihi 40 buah kolam untuk memenuhi permintaan orang ramai. Walau bagaimanapun, pasaran hanya tertumpu kepada kawasan sekitar termasuk Felda Ulu Pengeli, Ladang Sindora, Ladang Tabung Haji dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya.

3. Nama : Hamad Bin Ismail
Umur : 58 Tahun
Perniagaan : Santan Kelapa, Kerisik Dan Lain-lain

Sidi Enterprise adalah sebuah syarikat bumiputera milikan tunggal yang menjalankan perniagaan berunsurkan kelapa seperti santan kelapa, kelapa parut, kerisik dan minyak kelapa. Syarikat ini telah ditubuhkan sejak awal tahun 2013 yang beralamat di No 4 Kawasan Industri, Jalan Pasar, Felda Ulu Belitong,86000 Kluang Johor.

En Hamad bin Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Ahmad,58 bersama-sama abangnya En Sidi bin Ismail,62 telah memulakan langkah untuk menceburi bidang perniagaan kelapa ini. Terdapat banyak permintaan daripada penduduk sekitar dan juga penduduk dari kawasan berhampiran yang menjadi pelanggan tetap Pak Ahmad.

Permintaan kelapa parut, santan kelapa dan kerisik akan lebih banyak apabila tiba musim kenduri. Jadi, Pak Ahmad perlu memastikan bekalan kelapa mencukupi. Buat masa ini, Pak Ahmad mendapatkan bekalan kelapa daripada kenalannya di Batu Pahat. Untuk pembelian dalam kuantiti yang banyak pelanggan perlulah membuat tempahan awal supaya Pak Ahmad dapat menyediakan kelapa secukupnya. Menurut Pak Ahmad, kerisik yang dihasilkannya adalah menggunkan kaedah manual dengan cara menumbuk kelapa parut yang telah disangai garing sehingga lumat dan mengeluarkan minyak kerisik secara semulajadi dan akhirnya menjadi kerisik, dengan cara ini kerisik akan lebih tahan lama dan mengeluarkan aroma yang lebih harum berbanding dengan mengisar menggunakan pengisar.

Di premis Pak Ahmad, terdapat mesin-mesin kelengkapan untuk memproses kelapa dan juga chiller untuk penyimpanan santan kelapa supaya pelanggan akan hanya mendapatkan produk yang berkualiti tinggi. Buat masa ini, produk syarikatnya hanya diedarkan untuk penduduk sekitar sahaja. Pada masa akan datang, Pak Ahmad bercadang memperluas perniagaannya terutama produk kerisiknya ke luar dari kawasan Felda kerana daya tahan kerisik yang agak lama berbanding santan segar. Bagi yang berminat untuk menempah santan kelapa dan juga produk-produk lain bolehlah menghubungi Pak Ahmad, 017-3380270/017-7155856