CASHLESS SOCEITY @NADI FELDA BUKIT TONGKAT

Aktiviti terkini | 26 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Bukit Tongkat

Ringkasan Aktiviti :
• Program Cashless Soceity adalah hasil Kerjasama daripada MCMC, FSP, Felda dan juga Penganjur Acara iaitu Reacch Productions Sdn Bhd yang dianjurkan khas buat komuniti Felda Bukit Tongkat dan sekitarnya.
• Program ini juga merupakan program kerjasama di antara NADI Felda Bukit Tongkat, NADI Felda Kahang Barat dan juga NADI Felda Ayer Hitam.
• Seramai 140 orang telah hadir dan turut sama memeriahkan program pada kali ini.
• Antara aktiviti yang terdapat dalam program ini ialah gerai jualan daripada usahawan tempatan, pendaftaran PADU, cabutan bertuah, Roda E-wallet, Playstation 5, Booth Touch n Go, Booth BIMB dan juga kaji selidik mengenai Scam.
• Antara mini games yang disediakan oleh NADI ialah speed math, word search, wood puzzle, kiri kanan dan juga botol idaman.

Tujuan :
• Cashless Soceity ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada pengunjung program khususnya untuk mencuba dan merasai aktiviti jual beli tanpa tunai.

Butiran-Butiran Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.
• Pengunjung yang hadir hendaklah mendaftar di kaunter pendaftaran yang telah disediakan.
• Pembelian serendah RM3.00, pengunjung layak mendapat kupon cabutan bertuah.
• Pembelian minimum RM10.00 akan melayakkan pengunjung untuk menyertai roda e-wallet dan layak menerima hadiah sekiranya bertuah.
• Pengunjung juga boleh mendaftar PADU dengan bantuan daripada DOSM daerah Kluang.
• Pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat perundingan daripada wakil Touch n Go dan Bank Islam sekiranya ingin mendaftar akaun.
• Pengunjung, peniaga, dan juga wakil daripada FSP turut menyertai mini games yang telah disedikan oleh pihak NADI. Pelbagai hadiah disediakan untuk pemenang.
• Pada sebelah petang ketibaan Puan Jafizwaty Binti Ishahak dari MCMC HQ melawat gerai-gerai usahawan.
• Pengunjung dari golongan kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk bermain Play Station Games yang hanya berharga RM 1 menggunakan pembelian secara E-Wallet.
• Program di akhiri dengan penyerahan hadiah Cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.

Kelebihan Aktiviti :
• mempertingkatkkan tahap literasi pembayaran digital dalam kalangan komuniti.
• Memudahkan urusan harian dengan adanya pembayaran tanpa tunai ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :