Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Felda Bukit Tongkat merupakan sebuah kawasan felda yang terletak di daerah Kluang, Johor. Jarak felda ini ke Bandar Kluang adalah sejauh 25 km. Peringkat permulaan rancangan ini dibangunkan di bawah Sistem Saham. Kawasan perkampungan di bahagikan kepada 16 blok.Manakala pendapatan peneroka bergantung kepada kehadiran mereka berkerja dan peneroka dapat menjalani sistem saham bermula pada April 1987 sehingga Julai 1989. Sistem saham telah dimansuhkan dan digantikan dengan system hak milik individu pada Ogos 1989. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


MENGAJAR : MS EXCEL

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2024

Pelajar belajar untuk membuat jadual dan carta bar menggunakan excel..................baca selanjutnya

CASHLESS SOCEITY @NADI FELDA BUKIT TONGKAT

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2024

Cashless Soceity ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada pengunjung program khususnya untuk mencuba dan merasai aktiviti jual beli tanpa tunai. ..................baca selanjutnya

TAKLIMAT S.A.F.E INTERNET @ SEK KEB FELDA ULU DENGAR, KLUANG

Aktiviti Terkini | 7 Februari 2024

Tujuan taklimat ini diadakan, adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada masa kini kepada kanak-kanak dan golongan dewasa(pelajar sekolah-sekolah)..................baca selanjutnya

TAKLIMAT S.A.F.E INTERNET @ SEK KEB FELDA KAHANG TIMUR, KLUANG

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024

Tujuan taklimat ini diadakan, adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada masa kini kepada kanak-kanak dan golongan dewasa(pelajar sekolah-sekolah)..................baca selanjutnya

TAKLIMAT S.A.F.E INTERNET @ SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU KLUANG (SRAB KLUANG)

Aktiviti Terkini | 1 Februari 2024

Tujuan taklimat ini diadakan, adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada masa kini kepada kanak-kanak dan golongan dewasa(pelajar sekolah-sekolah)..................baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK & S.A.F.E INTERNET

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024

Meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada kepada pelajar sekolah-sekolah...................baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti